________________________________________________

:: cInTa ::

________________________________________________

:: OrAnG YaNg MeNcInTaI KaMu ::



1 Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.



2 Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.



3 Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat kamu sudah bertambah.



4 Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.



5 Orang yang mencintai kamu akan mengirim SMS seperti "Selamat Pagi", "Selamat Hari Minggu", "Selamat Tidur", "Take Care", dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "Aku CINTA Padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.



6 Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.



7 Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca.Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.



8 Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.



9 Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu-kesukaan kamu kesukaannya juga,walaupun sukar meminati kesukaan kamu,tapi akhirnya dia berjaya.



10 Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu-kerana dia bimbangkan tentang kamu,peduli tentang kamu.



11 JIka kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "Good Luck" untuk memberi semangat kepada kamu.



12 Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesutau yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.



13 Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.



14 Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin mengahabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.



15 Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar "Jauh Di Mata, Jauh Di Hati "?



16 Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.



17 Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.



18 Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakkannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.



19 Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walaupun sesukar mana permintaan kamu.



20 Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya.Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.



21 Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.



22 Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberikannya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.



23 Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahuinya, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu CINTA………


________________________________________

:: 12 PeRkArA AbOuT LoVe ::

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


________________________________________

:: KaJiAn PeRsOnALiTi BeRdAsArKaN BuLaN KeLaHiRaN ::



BULAN JANUARI

bercita-cita tinggi dan serius orangnya
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap perkara dibuat seperti nampak keuntungannya
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu,daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya pada orang lain
cukup sayang pada kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi


BULAN FEBRUARI

berfikiran abstrak
sukakan perkara-perkara realiti
bijak dan genius
mempunyai personaliti yang mudah berubah
mudah menawan hati orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada temannya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yang lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamerkan perasaan marah
tidak suka kepada perkara remeh-temeh
suka berkawan tetapi tidak suka mempamerkan sikap kekawanannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikannya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka kepada perkara berkaitan kesenian
sangat romantik secara dalaman tetapi tidak pada luaran atau zahirnya
sangat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
sering belajar untuk mempamerkan emosinya pada orang lain


BULAN MAC

berpersonaliti yang menarik dan menawan
mudah didampingi oleh orang lain
santa pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah berasa simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan oleh orang lain malah diri sendiri dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka pada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang melibatkan orang ramai
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu membalas budi dan tahu mengenang budi orang lain
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dapat mengawal perasaan
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka memberi perhatian yang sangat tinggi
kelam-kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
mempunyai bakat seni dalam bidang muzik
berkecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jangan terlalu moody


BULAN APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat membuat keputusan tetapi suka menyesal dengan keputusan yang diambil
sangat menarik dan pandai manjakan diri
mempunyai daya mental yang sangat kuat
sangat suka mendapat perhatian orang
sanat diplomatik(suka memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure,pengasih , penyayan, sopan-santun dan pemurah
emosi cepat terusik
mudah mempunyai sikap dendam
agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong dan memotivasikan orang lain
suka sakit kepala dan dada
sangat cemburu


BULAN MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran yang tajam
mudah marah kerana tidak pandai mengawalnya
pandai menrak hati orang lain
perasaan yang sangat mendalam
cantik daris segi menal dan fizikal
tidak perlu kepada motivasi orang lain
berpendirian agak lemah
mudah dipujuk oleh orang lain
suka berangan-angan
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yang tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
mempunyai keadaan fizikal yang baik
kelemahan dari segi sistem pernafasan
suka kepada sastera, seni, muzik dan melancong
tidak suka duduk di rumah
tidak mempunyai ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros


BULAN JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana bersikap baik
berperangai yang lemah-lembut
tidak suka menyakiti orang lain
mudah berubah sikap, perangai, idea, mood
mempunyai banyak idea baru
bersikap sensitif
sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka membuat lawak dan pandai bergurau
otaknya cerdas dan suka berangan-angan
mudah berkawan dan pandai berkawan
orang yang sangat tertib
pandai mepamerkan sikap pada orang lain
mudah berkecil hati
mudah selsema
suka berkemas diri
cepat berasa bosan terhadap sesuatu
sikap terlalu memilih dan selalu memberi komen
kurang mempamerkan perasaan dalaman
merajuk(sangat kecewa) apabila hati terluka
suka kepada barangan berjenama
mudah menjadi eksekutif
degil
sesiapa yang memuji dirinya dianggap musuh tetapi sesiapa yang menegurnya adalah kawannya.


BULAN JULAI

sangat suka didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti (terutamanya lelaki)
agak pendiam tetapi mudah bercakap apabila dirangsang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan orang lain
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tapi hati mudah terluka
berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi tidak dapat melupakan kesalahan tersebut
tidak suka perkara remeh-temeh
suka membimbing secara fizikal dan mental
sangat peka, serta penyayang
layanan yang serupa dengan semua orang
sangat tinggi rasa simpati kepada orang lain
pemerhatian yang tajam
suka menilai orang melalui pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka duduk di rumah
suka tunggu kawan datang kepadanya tetapi tidak suka mencari kawan
tidak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja


BULAN OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
bersopan-santun dan mengambil berat terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
orang yang tegas dan bersikap kepimpinan
pandai memjuk orang lain
terlau pemurah dan terlalu ego
nilai harga diri yang sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yang tinggi
cepat marah dan mudah mengamuk
mudah marah apabila pandangannya dikritik
sangat cemburu
daya pemerhatian yang tajam
cepat berfikir
suka berdikari
suka berangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
sangat sensitif dan tidak mudah merajuk
cepat terkena penyakit
suka belajar untuk berehat
sikap kelam-kabut
romantik, dan berkasih-sayang
suka mencari kawan


BULAN SEPTEMBER

sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur
sangat cermat,teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan suka mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap tenang dan mudah simpati kepada orang lain
sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur
kerja yang dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif secara keterlaluan
orang yang banyak berfikir
daya penaakulan yang baik
otak cerdas dan mudah belajar
suka mencari maklumat
terlalu mengkritik hingga menyebabkan orang lain rasa benci
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain
suka hiburan,sukan dan melancong
kurang menonjolkan perasaannya kepada orang lain
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik


BULAN OKTOBER

suka bersembang
suka orang yang sayang kepadanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan bersopan-santun
kecantikan luar dan dalam
mudah berasa simpati dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
cepat marah
seperti agak pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang lain kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka menerima pandangan orang lain
emosi yang mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam-kabut
daya firasat yang sangat tinggi
suka melancong, seni dan bersastera
pengasih, penyayang dan lemah-lembut
romatik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
suka ambil berat orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat


BULAN NOVEMBER

banyak idea
sukar untuk dimengerti
berfikiran kehadapan
berfikiran unik
penuh dengan idea-idea luarbiasa
pemikiran yang tajam
daya firasat yang tinggi
ada ciri-ciri menjadi doktor
cermat dan teliti
perosnaliti dinamik
teralu keras hati dan degil
suka berangan-angan
banyak berfikir dan tidak pandai bercakap
mudah mengambil berat tentang orang lain
mudah kecewa apabila dikritik
tidak pandai menghargai pujian
romatik dan emosi yang sangat mendalam
kelam-kabut
suka duduk dirumah
tidak pandai mengawal emosi
jujur dan setia
tidak pandai berkasih-sayang


BULAN DISEMBER

setia dan pemurah
bersifat patriotik
bersikap aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi untuk berjaya dan berusaha mencapainya dan berjaya
boleh menjadi orang yang berpengaruh dalam sesuatu oraganisasi
seronok didampingi
suka berkawan dan dengan orang
bijak mengatur masa
kurang pandai berpura-pura
jujur, amamah
cepat marah
daya fikir yang sangat tinggi dan tajam
perangai yang berubah-ubah
tidak mudah ego
sangat pentingkan harga diri
tidak suka pada kongkongan
suka berlawak
berfikiran logik
suka aktiviti riadah
orang yang adil
suka ambil jalan tengah
otaknya cerdas
otaknya sangat bijak dan mudah belajar
berpersonaliti menarik


________________________________________

:: TaNDa2 AnDa JaTuH CiNtA ::


1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat dan rajin

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen terkini. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesona. Dari hujung rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukan semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakan barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendokong percakapannya sekalipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaannya. Tambahan pula anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.



________________________________________

:: 10 PeTaNdA Si DiA JodOh AnDa ::

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

________________________________________

:::::::..... ReNuNgAn CiNtA .....:::::::

Kepada yg masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .


Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.


Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.


Kepada yg ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…

Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. .


CINTA SEJATI

CINTA BUKANLAH DARIPADA KATA-KATA TETAPI SEGUMPAL KEINGINAN YANG
DIBERIKAN KEPADA HATI YANG MEMERLUKAN

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan
siapa dia sebelumnya.Malah kisah lampau yang berlaku tidak perlu
diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah,tetapi
untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh.Ikuti tip
bagi memelihara CINTA SEJATI… ..

1. PILIH PASANGAN YANG SESUAI
Jangan sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat
berpotensi.Wang dan rupa bukanlah penyuntik cinta sejati. Terlalu
banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan
mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur,tanyalah pada diri sendiri quot; Dapatkah aku mencintai
dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika
tidak,buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2.JANGAN TERBURU-BURU
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan
seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke
arah kekecewaan.

3.PERCAYA AKAN KELEMAHANNYA
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau
perkara yang diingininya. Misalnya jika pasangan membuat suatu
pernyataan seperti,’ Saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik’,
percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri: “Adakah dia sudah bersedia
menghabiskan sepenuh waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya
kemudian baru mengingati aku.”

4.TUTUP MULUT
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan
kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkapkan perasaan anda
terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.Cara
sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan
hubungan emosional anda berdua.

5.TERIMA SEADANYA
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas.Bukan hanya sewaktu
bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu,tetapi
amalkan date night sekali seminggu.

6.JADI PEMERHATI
Bersikap pemerhati kepada pasangan. Cuba memerhati dan memahami
tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil
berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan
berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7.BUKTIKAN SIAPA DIRI ANDA
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada
pasangan,serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah
tersebut berdua.

8. MR. RIGHT KEMBALI
Sedang asyik bercinta,orang yang pernah terpaut di hati anda suatu
masa dahulu,tiba- tiba muncul di hadapan.Bagi anda yang menghadapi
masalah sebegini,adalah suatu perkara sukar untuk
diselesaikan ,bukan? Parasaan buntu dan bercelaru tentunya datang
dan memaksa diri membuat keputusan.
Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah
silan dengan memulakan kehidupan dan cinta yang baru.

9.BUKAN PERIGI CARI TIMBA
Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang
keras seperti seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah anda
haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang
berlaku dalam perhubungan.

10.HARGAI DIRI SENDIRI DAN PASANGAN
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan.
Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu
menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis
atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya.